LAPORAN BIG 2010

12/08/2010 16:23


TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU

DI INSTITUT PERGURUAN  GURU PULAU PINANG

PADA 18 MAC HINGGA 20 MAC 2010

HARI/

MASA

 

 

12.30TGH-2.00PTG

 

2.00PTG-3.30 PTG

3.30PTG-5.00PTG

6.00PTG-9.00 MLM

9.00MLM-10.30MLM

 

18.3.2010

(KHAMIS)

 

 

 

MENDIRIKAN KHEMAH

 

TAKLIMAT BIG

 

LDK 1

 

PENGURUSAN DIRI, SOLAT DAN TAZKIRAH

 

 

LDK 2

 

 

5.30PAGI-7.00PAGI

 

 

7.00 PAGI-8.00 PAGI

 

 

8.00PAGI-9.00 PAGI

 

9.00 PAGI-12,30 TGH

 

3.00PTG-5.00 PTG

 

 

6.00PTG-9.00 MLM

 

9.00MLM-10.30MLM

 

19.3.2010

(JUMAAT)

 

PENGURUSAN DIRI DAN SOLAT SUBUH

 

 

SENAM

ROBIK

 

TAKLIMAT AKATIVITI KEMBARA

 

AKTIVITI KEMBARA

 

REFLEKSI KEMBARA

 

PENGURUSAN DIRI, SOLAT DAN TAZKIRAH

 

PERSEMBAHAN DAN LAPORAN KUMPULAN

 

20.3.2010

(SABTU)

 

PENGURUSAN DIRI DAN SOLAT SUBUH

 

 

SENAM

ROBIK

 

TAKLIMAT AKTIVITI AIR

 

AKTIVITI AIR

 

REFLEKSI AKTIVITI AIR

 

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS

 

 

MENDIRIKAN KHEMAH

TARIKH                                 :  18.3. 2010

HARI                                      :  KHAMIS

MASA                                     :  12.30 TENGAH HARI -2.00 PETANG

TEMPAT                                :  ASRAMA GURU PEREMPUAN DAN DI            PERKARANGAN TEMPAT PERHIMPUNAN   

LAPORAN MENDIRIKAN KHEMAH

Sebelum aktiviti mendirikan khemah dijalankan setiap  kumpulan dikehendaki hadirke pejabat HEP untuk mengambil khemah masing-masing.  Untuk peserta pgsr perempuan kami mendirikan sebanyak lapan buah khemah dan peserta pgsr lelaki kami mendirikan lapan buah khemah juga.  Kami mendirikan khemah secara bekerjasama di antara satu sama lain.  Penat juga rupanya apabila mendirikan khemah.  Walau bagaimanapun kami berasa sungguh gembira apabila melihat khemah kami telah berjaya didirikan.

ICE BREAKING

TARIKH                                 :  18.3. 2010

HARI                                      :  KHAMIS

MASA                                     :  3.00  -  4.00 Petang

FASILITATOR                       :  EN ISHAK AYUB

REFLEKSI 

          Bagi aktiviti ice breaking, kami telah menjalankan  aktiviti yang menarik.

Setiap peserta telah diberikan sehelai kertas. Kertas itu telah dibahagikan kepada 4

bahagian. Pada setiap bahagian kami di minta untuk menulis 4 perkara iaitu :

   i)  Tandatangan

  ii)  Tempat mengajar

  iii)  Sekolah 

 iv)  Tempat dilahirkan

         Setiap bahagian kertas dikumpulkan pada tempat yang berasingan. Kemudian

fasilitator menyuruh kami  mengambil kertas yang di tandatangan. Kami dikehendaki mencari dan mengenal pasti tandatangan di atas kertas tersebut  milik siapa? Aktiviti berakhir apabila semua peserta berjaya mengenal pasti empunya milik tandatangan.

 

            Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara peserta. Melalui komunikasi yang berlaku peserta dapat mengenali antara satu sama lain. Di samping itu aktiviti ini boleh digunakan  sebagai salah satu aktiviti membahagikan kumpulan. Aktiviti ini juga mengajar peserta berusaha untuk mencapai sesuatu hingga berjaya.

            En Ishak juga menerangkan mengapa beliau menyuruh kami mengambil kertas yang mempunyai tandatangan. Menurut beliau, tandatangan kita  tidak  mudah berubah berbanding  tempat kita mengajar. Beliau juga menyatakan setiap individu perlu mempunyai pendirian yang tetap sesuatu perkara.

            Bagi aktiviti kedua adalah mencari peserta yang mempunyai bulan kelahiran yang sama. Aktiviti ini juga bertujuan merapatkan hubungan antara ahli.      

AKTIVITI MEMASAK DAN PENGURUSAN DIRI

TARIKH                                 :  18.3. 2010

HARI                                      :  KHAMIS

MASA            :  6.00 petang  -  9.00 malam

REFLEKSI

            Pada waktu ini kebanyakan peserta perempuan meyiapkan hidangan malam

seperti memasak nasi, goreng telur, memasak sayur dan sebagainya.  Semua kerja

ini dijalankan secara bergotong royong dan bantu membantu di antara satu sama

lain. Ada juga sebilangan peserta memasak air untuk dibuat air teh dan sebagainya.

 Setelah selesai masak kamipun makan beramai-ramai sungguh sedap dan

menyelerakan masakan yang kami makan.

            Kemudian  peserta lelaki dan perempuan mengemaskan pergi ke khemah

masing-masing untuk pengurusan diri untuk bersolat maghrib dan isyak.  Pada

malam itu kami bersolat maghrib dan isyak berjemaah.  Di samping itu kami juga

membaca surah Yasin untuk disedekahkan kepada arwah yang meninggal dan umat Islam sekeliannya.

 

LDK SATU

TARIKH                                 :  18.3. 2010

HARI                                      :  KHAMIS

MASA                                     :  9.00 MALAM -  11.00 MALAM

FASILITATOR                       :  EN ADNAN BIN OMAR

REFLEKSI              Pada masa ini kami diberikan tugasan untuk secara berkumpulan untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan.  Kumpulan kami mengupas tajuk mengenai hukuman yang patut dikenakan kepada murid-murid yang ada masalah disiplin.  Kami membentangkan hasil perbincangan masing-masing.  Hebat juga perbahasan yang kami bentangkan.