SEKAPUR SIREH

15/08/2010 08:40

 

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

     Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Encik Noor Azam bin Ariffin kerana telah memberi sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Tuhan jua yang dapat membalas jasa baik encik.

     Terima kasih yang tak terhingga juga kami ucapkan kepada semua pensyarah dan rakan – rakan sekelas yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

     Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Buah cempedak di luar pagar,

Masak sebiji di atas peti,

Webnode ini saya baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian terima kasih.